Vitamin terbaik atasi masalah rabun silau


APA VITAMIN SEMULAJADI UNTUK MATA??

PENTING KE AMBIL VITAMIN UNTUK RABUN SILAU??

 BOLEH KE VITAMIN BANTU MASALAH RABUN SILAU?? 


Masalah rabun diwarisi secara genetik. Namun rabun boleh juga disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup  kita seharian

Seperti juga tulang yang memerlukan kalsium untuk tulang yang kuat dan sihat, mata juga memerlukan set pemakanan yang khusus bagi mengekalkan kesihatan retina dan kesihatan mata secara menyeluruh. 

Kaedah pemakanan yang betul supaya mata kekal sihat adalah dengan mengambil nutrisi seimbang, di samping mengutamakan sumber makanan kehijauan, kekuningan dan kemerahan. Kumpulan makanan ini kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin serta vitamin dan mineral yang terbukti bagus untuk kesihatan mata yang optimum.


UTAMAKAN DIET YANG SIHAT 
UNTUK MATA 

Menurut Dietary Guidelines for Americans yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services and the Department of Agriculture, diet sihat bermaksud:

Mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak. Merangkumi daging, ikan, kekacang dan telur. Rendah lemak, kolesterol, garam dan gula tambahan.


Antara 11 makanan yang kaya dengan vitamin untuk 
meningkatkan kesihatan mata 



VITAMIN PERLU UNTUK MATA/
 RABUN SILAU 

Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.

Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.

Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.

Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.

Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.

Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.

Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.



5 KUMPULAN MAKANAN PENTING DALAM
 SET DIET LENGKAP SEHARIAN 

Bagi melengkapi diet sihat setiap hari, kita disarankan mengambil lima kumpulan makanan di bawah ini dalam rutin diet seharian iaitu:
  • Sayuran hijau berdaun: Sumber makanan semulajadi terbaik untuk lutein dan zexanthin yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotin yang tinggi, mineral dan serat
  • Telur: Kuning telur adalah sumber utama Lutein dan zeaxanthin dan menjadi alternatif bagi yang kurang menggemari sayuran hijau
  • Buah-buahan sitrus dan berry: Buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C
  • Badam: Ia kaya dengan vitamin E dan mampu melambatkan degenerasi makula. Satu auns (oz) badam menyediakan kira-kira separuh daripada dos harian yang disarankan.
  • Ikan berlemak: Tuna, salmon, ikan kembung, ikan bilis dan trout sangat kaya dengan DHA iaitu asid lemak yang ditemui dalam retina. Kekurangannya dikaitkan dengan sindrom mata kering.









Comments

Popular Posts