Cara kawal gula dalam darah


KENCING MANIS / DIABETES MELITUS 

Penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. 

TAHUKAH ANDA ??

Malaysia merupakan salah satu daripada 21 negara yang berdaftar dengan International Diabetes federation (IDF).Menurut IDF , pada tahun 2015, seramai 415 juta orang mempunyai penyakit kencing manis di seluruh dunia dan 3.3 juta daripada kes ini adalah disumbangkan oleh Malaysia.


JENIS-JENIS KENCING MANIS/ DIABETES 

Kencing manis / Diabetes jenis 1 ; kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.biasanya, penghidap diabetes jenispertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. 

Kencing manis / Diabetes jenis 2 ; penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin 
dari pankreas, ia boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat.

Kencing manis jenis gestasi ; dialami oleh wanita ketika kehamilan. Ia mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi. 



KAWAL GULA DENGAN PENGAMBILAN PEMAKANAN 

Pengurusan pemakanan penting untuk mengekalkan paras gula pada tahap normal, mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan mengelakkan komplikasi diabetes. Ada tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit.



1. Kumpulan makanan yang perlu dielakkan
• Semua jenis gula: Gula putih, gula perang, gula Melaka, gula batu, madu
• Minuman manis: Minuman berkarbonat, kordial, sirap
• Sapuan: Jem, kaya, marmalad (jem limau)
• Makanan manis: Gula-gula, kuih manis, kek, coklat, ais krim, susu pekat manis, yogurt manis, lassi manis
• Pencuci mulut: Buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli

2. Kumpulan makanan yang diambil mengikut sukatan
• Bijirin dan hasil bijirin
• Nasi
• Roti, biskut, kuih yang tidak manis
• Pasta, makaroni, spageti, mi, bihun, kuetiau, laksa
• Capati, roti canai, tosai
• Ubi kentang, ubi kayu, keladi, keledek
• Kekacang
• Susu dan hasil tenusu
• Buah-buahan

 3. Kumpulan makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran: Bayam, parsli, kailan, kubis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain
• Sayur-sayuran berkanji: Lobak merah, lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan
• Semua minuman tanpa gula: Teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula
• Rempah-ratus dan herba: Serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia, serai, jintan, lada hitam, asam jawa, kunyit
• Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur, ikan, ikan bilis

Klik sini untuk dapatkan cara berkesan turunkan bacaan kencing manis 

Rujukan; hmetro.com.my, ms.wikipedia.org, myhealth.gov.my, coconutoil.com


Comments

Popular Posts