Anda patut tahu tentang rabun silau anda
Anda mengalami masalah rabun silau yang teruk??
Macam-macam dah anda buat untuk turunkan power rabun silau anda tapi tak berhasil??
Jaga makan? makan banyak sayuran? tapi power rabun silau masih tak turun-turun? bahkan makin meningkat?
APA ITU RABUN SILAU??
Rabun silau adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini akan mengakibatkan penglihatan kabur pada sebarang jarak . Rabun silau boleh dialami oleh semua peringkat umur. Hampir semua mengalami rabun silau ini tapi pada tahap yang berbeza.
ADAKAH ANDA ADA MENGALAMI MASALAH RABUN SILAU??
Gejala atau tanda rabun silau ini adalah berbeza bagi setiap individu. Gejala atau tanda biasa dialami oleh mereka yang menghidap rabun silau seperti;
✔ Mata kabur pada sebarang jarak
✔ Juling
✔ Sakit kepala
✔ Susah memandu kerana Double vision atau imej bertindih
✔ Mata sering berkelip atau menutup mata
AKIBAT RABUN SILAU TERUK??
Jika tidak dirawat atau dibetulkan akan menyebabkan gejala-gejala menjadi lebih teruk dan menjurus kepada masalah-masalah lain seperti hilangnya fokus atau tumpuan dan penurunan prestasi kerja/sekolah. Pada kanak-kanak ia akan mengakibatkan Ambliopia atau mata malas.
Ambliopia/ Mata malas
Mata malas atau amblyopia merupakan suatu keadaan penurunan kadar penglihatan pada satu mata akibat dari perkembangan daya lihat yang abnormal pada masa bayi atau anak-anak. Mata malas pada anak akan membuat otak anak hanya menerjemahkan penglihatan dari mata yang baik dan mengabaikan penglihatan dari mata yang buruk (mata malas).
CARA / RAWATAN RABUN SILAU
✔ Pemakaian cermin mata
✔ Pemakaiankanta lekap
✔ Proses Pembedahan
✔ Pemakaiankanta lekap
✔ Proses Pembedahan
LANGKAH PENCEGAHAN RABUN SILAU
Pemeriksaan mata secara rutin dapat mengesan kehadiran rabun silau dan membolehkan rawatan awal dijalankan. Pemakanan dan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan yang penting untuk kesihatan mata yang berterusan.
Klik sini untuk ketahui cara kami Atasi masalah rabun silau dengan berkesan dan selamat..




Comments
Post a Comment