Petua hilangkan pijar tangan
Musim PKP ni kita asyik ke dapur je ye. Ada yang 5 kali sehari masak. Double shift jugak kita yer. Nisa nak kongsikan cara atau petua hilangkan Pijar tangan? banyak masak ni ada yang banyak jugakla guna cili. Kadang dah sentuh cili ni gatal pulak tangan tu sentuh mata la , muka la. Rasa pijar ni rasa panas pada tangan selepas Kita memotong, menumbuk cili atau apa-apa Cara yang Kita gunakan bersentuhan dengan cili.
Pijar tangan kalau dibiarkan sememangnya akan terasa panas yang Tidak selesa Dan akan mengambil Masa yang lama untuk hilang.
Macam-macam cara nak hilangkan pijar di tangan seperti gunakan;
KELULI
Hilangkan pijar tangan gunakan keluli, caranya dengan gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit lalukan air pada tangan dan ulang sehingga tangan rasa lebih lega.
BERAS
Petua gunakan beras untuk hilangkan hilangkan pijar tangan dengan memasukkan tangan ke dalam bekas berisi beras. Rendam terus ke dalam tong beras pun boleh. Petuanya pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya. Atau genggam beras, selepas itu bilas tangan
seperti biasa.
GARAM
Petua seterusnya untuk hilangkan pijar tangan adalah dengan lumurkan garam atau gula. Lumurkan garam pada tangan, biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa. Boleh juga ambil sebekas air suam dan campurkan sedikit garam . Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hilang pijar tangan.
SUSU PEKAT
Susu pekat juga merupakan petua untuk hilangkan pijar tangan. Boleh gunakan susu pekat atau susu cair. Lagi bagus jika ada yang sejuk. Tuangkan sedikit susu ke dalam bekas . Kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.
MINYAK MASAK
Ini juga salah satu cara untuk hilangkan pijar di tangan. Ambil sedikit minyak masak dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa panas tadi.
HAMPAS KELAPA
Jika ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit rasa pijar akan hilang.
ASAM JAWA
Cubalah pula asam jawa untuk hilangkan pijar di tangan. Masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang .
HERBAL BLEND CREAM
Ini cara special Nisa dengan gunakan herbal blend cream. Bila rasa pijar tangan, tersalah pegang pulak, tergaru hidung masya ALLAH memang kena cepat-cepat cari cara yang cepat hilang pijar ni. Pijar di tangan mungkin anda boleh tahan tapi janganlah di mata hidung.
Bila tangan, mata atau mana-mana tempat yang dah terasa pijar Nisa akan cepat-cepat sapu herbal blend cream ni. Pada awalnya akan terasa rasa pijar dan cream yang berangin tu seakan berlawan. Selepas beberapa minit memang hilang pijar.
Alhamdulillah.. Nisa wajibkan anda cuba.. klik sini untuk dapatkan herbal blend cream ni.
sumber ; SIRAP LIMAU











Comments
Post a Comment