Cara nak tinggi

Ada yang nak kurus
Ada yang nak cantik 
Ada jugak yang nak tinggi 

Cantik, kurus dan tinggi tu pakej kan.. 

Kita boleh lihat fenomena sekarang anak-anak ramai yang rendah. Pertumbuhan seakan terbantut. 


Beberapa tips mudah untuk tambahkan ketinggian. Antaranya;

TIDUR YANG CUKUP
Dua jam pertama adalah penting kerana pada masa inilah hormon pembesaran dilepaskan dalam sistem oleh kelenjar pituitari. Apabila tidur tidak mencukupi , hormon yang dilepaskan akan terganggu. Pastikan anda memperoleh tidur yang cukup antara lapan hingga sembilan jam. 

DIET YANG SEIMBANG 
Salah satu cara untuk tinggi adalah dengan diet pemakanan. Banyakkan pengambilan makanan seperti;

  •  tinggi protein seperti susu, telur, ikan dan daging 
  • kaya dengan kalsium seperti bayam, yogurt dan kale 
  • cukup dengan zink seperti tiram, labu, kambing, kacang, ketam dan wheat germ 
  • vitamin D seperti ikan, alfalfa dan cendawan
HINDARI MAKANAN YANG MENGANGGU PROSES KETINGGIAN 
Hindari makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan yang mengandungi kafein, junk food  dan yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Ia mengandungi pelbagai bahan yang tidak elok untuk tumbesaran.


LAKUKAN AKTIVITI YANG DAPAT TINGKATKAN KETINGGIAN 
Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan peluang untuk menjadi tinggi. Antaranya berenang, hanging exercise, toe touching, super strech dan lompat tali.


ELAKKAN PERKARA YANG BOLEH BANTUTKAN KETINGGIAN 
Malnutrisi adalah penyebab paling utama di kalangan kanak-kanak yang tidak dapat meninggi secara normal. Ini berpunca daripada pemilihan makanan yang tidak berkhasiat dan amalan pemakanan yang buruk sehingga menyebabkan makanan tidak dapat dihadam dan diserap nutrisinya. Masalah obesiti, pengambilan rokok, dadah, alkohol dan steroid pada usia muda juga boleh membantutkan ketinggian.

Di negara Indonesia mereka mengalakkan pengambilan zinc dan kalsium dalam meningkatkan potensi menambahkan ketinggian.

Selain daripada struktur genetik, jumlah khasiat dan vitamin yang betul dalam menentukan ketinggian remaja. Badan memerlukan nutrisi tertentu bagi bagi memastikan tulang terus berkembang dan mengalami pertumbuhan yang sihat. 

Dengan Diet yang betul, seimbang dengan semua semua jenis nutrien termasuk semua vitamin dan mineral yang penting pastinya berpeluang untuk tambah ketinggian. vitamin yang diperlukan badan untuk membantu remaja lebih tinggi adalah vitamin B1, B2, D, C dan mineral seperti kalsium dan fosforus. 

KALSIUM 
Kalsium adalah tambahan penting bagi tulang. Ia sememangnya membantu untuk meningkatkan jisim tulang dan kekuatan tulang. Jika suplemen kalsium dan kalsium makanan diperkaya digunakan dengan cara yang betul, adalah mungkin untuk meningkatkan ketinggian anda.

Sumber utama kalsium adalah susu dan produk tenusu lain. Vitamin kalsium OSTEMATRIX ialah gabungan kalsium dan vitamin d. Vitamin D merupakan vitamin yang paling penting bagi menyumbang dalam menjadikan tulang lebih kuat dan panjang. Apabila seseorang tidak mendapat vitamin D dalam dos yang diperlukan, tulang dan gigi menjadi lemah.




ZINC 
Zinc merupakan salah satu unsur yang sangat penting untuk perkembangan tubuh. Fungsi zat Zinc ini juga membantu pertumbuhan manusia dan meningkatkan imun badan.  Tanpa Zinc, ratusan enzim dalam tubuh tidak akan berfungsi. Zinc juga memberi peranan yang besar kerana Zinc dapat meningkatkan tahap penyerapan kalsium kepada tulang.

VITAMIN B 

Vitamin B1  membantu menyumbangkan dalam mengekalkan kesihatan jantung dan sistem saraf serta organ-organ yang menyediakan bekalan darah yang tetap, membolehkan tubuh untuk berkembang. Riboflavin atau dikenali sebagai vitamin B2 ia amat menggalakkan pertumbuhan tulang, kulit, rambut, dan kuku. 

VITAMIN C 
Vitamin ini juga dikenali sebagai asid askorbik yang membantu dalam mengukuhkan tulang dan gigi dan menggalakkan pertumbuhan mereka. Ia adalah antioksidan yang kaya untuk mencegah penyakit, sekali gus membantu bagi meningkatkan peluang badan untuk berkembang dalam usia muda. 


KLIK SINI untuk order vitamin. 
COD kawasan AMPANG dan sekitar KUALA LUMPUR. 







Comments

Popular Posts