Apa itu Influenza?

 INFLUENZA
Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam kedaan tertentu, ia juga boleh mengancam individu yang dijangkiti.




GEJALA INFLUENZA 
Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia (sakit di satu atau lebih otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).

Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan maut terutamanya warga emas dan pesakit kronik.



GOLONGAN BERISIKO TINGGI KEPADA INFLUENZA

Golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan asma. Individu yang mempunyai daya ketahanan badan  yang rendah seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi.




CARA INFLUENZA TERSEBAR 

Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup.

Jangkitan juga berlaku melalui;
i) hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta
ii) tangan yang tercemar.




DEMAM BIASA VS INFLUENZA

Virus adalah penyebab kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza. Bagi demam selsema biasa, Virus utamanya adalah Rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B, dan C. Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.

Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C, dan D. Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagaI mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, Nama-nama subjenisnya diambil. Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1. 



LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA 
  1. Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
  2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
  3. Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar. 
  4. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika selesema.
  5. Hindari tempat awam semasa wabak selesema.

klik sini untuk cara tingkatkan imun cegah penyakit serius 

sumber; myhealth.gov.my, siakapkeli.my

Comments

Popular Posts