Tips hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi

Jeragat walaupun ianya hanyalah bintik hitam yang tidak berbahaya tetapi ia menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Situasi ini tentunya menjadikan wanita berasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai. 



Jeragat akan menghantui wanita sekiranya tidak dijaga sejak awal usia. Selain memastikan wanita mempunyai rejim penjagaan sempurna seperti membersih, menyegar dan melembap, memakai serum juga dapat melindungi kulit daripada jeragat selain krim pelindung matahari untuk mereka yang banyak melakukan aktiviti di luar rumah. 

Melalui apa yang Nisa survey, ramai yang mencari cara untuk hilangkan jeragat adalah datang dari Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah dan Perlis. anda rasa kenapa??

Negeri- negeri yang cuacanya terlalu panas menjadi faktor utama untuk jeragat. Tanpa sebarang perlindungan muka dan sering terdedah dengan sinaran matahari jeragat akan tumbuh dengan meriahnya. 

Petua semulajadi menggunakan dua bahan utama iaitu lemon dan kentang bagus untuk merawat jeragat.

MASKER KENTANG LEMON 


Kentang mengandungi enzim unik, katekolase untuk merangsang kulit menjadi lebih sihat dengan cara mengurangkan perubahan warna daripada terus menjadi gelap. 

Vitamin A, B, C dan E dalam kentang akan melambatkan penuaan pada wajah, mengelak bintik penuaan dan pigmentasi. Kentang juga  adalah bahan berkanji yang sifatnya mencerahkan kulit, melawan proses cepat tua. 

Lemon pula bersifat mencerahkan kulit secara berganda. Ini kerana kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan vitamin C mampu menghentikan penghasilan melanin, menutup pori dan melawan jerawat.


CARA-CARA PENYEDIAAN 

1- Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu. 

2- Rebus kentang sehingga empuk. 

3- Masukkan campuran air lemon dan kentang ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

4- Hasilnya seperti dadih 

5- Sapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. selepas itu basuh wajah dengan air biasa. Lakukan setiap hari agar bintik hitam dan jeragat semakin pudar dan terus hilang.



RUNDINGAN /ORDER/KONSULTASI

KLIK DISINI ðŸ‘‡ðŸ‘‡








Comments

Popular Posts