Hilangkan Bengkak dan Kesan Gigitan Nyamuk Dengan Cara Semulajadi
"Eh bila pulak nyamuk gigit Rizq ni.. Banyak tempat pulak tu.."
Risaunyer kan sekarang pun banyak kes denggi.
Di Malaysia memang tak boleh lari dari nyamuk ni. Di rumah mahupun di luar atau di kampung.
Macam mana cara nak hilangkan bengkak gigitan nyamuk? Kalau banyak tempat yang kena gigit memang banyak la berbekas- bekas kesan gigitan nyamuk.
Jika dibandingkan dengan orang dewasa atau kanak- kanak, kulit bayi lebih mudah menjadi merah, bengkak dan ada yang bertukar menjadi hitam dan tinggalkan parut gelap buat masa yang lama.
8 PETUA HILANGKAN KESAN GIGITAN NYAMUK PADA BAYI
1. TUAM AIR SEJUK/AIS
Sumber: MyCyberMedia
Tuamkan air sejuk atau ais pada bahagian yang bengkak atau kemerahan. Ini untuk memberikan keselesaan pada bayi. Caranya rendamkan air bersih ke dalam air sejuk dan terapkan buat beberapa ketika.
Atau masukkan ketulan ais ke dalam kain dan dibalut beberapa kali agar bayi tak terkejut.
Namun, petua ini tak sesuai jika bayi demam atau sakit.
2. GEL ALOE VERA
Sumber: MedicalNewsToday
Gel aloe vera bersifat sejuk dan anti radang sangat sesuai untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.
Caranya, ambil satu tangkai lidah buaya potong untuk keluarkan gelnya. Sapu gel pada bahagian gigitan nyamuk tersebut.
3. CUKA EPAL
Sumber: MyHomeLab
Cuka amat sesuai untuk mengurangkan kegatalan ini kerana sifatnya yang berasid. Cuka bertindak sebagai antiseptik.
Rendamkan bebola kapas dan celupkan sedikit cuka epal yang dilarutkan dengan air suam. Kemudian sapukan pada tempat gigitan nyamuk tersebut.
4. MADU ASLI
Sumber: MaduHerbalCenter
Madu asli dapat mengurangkan rasa gatal dengan sifatnya yang likat. Selain itu, ia dapat meningkatkan kelembapan kulit secara semulajadi agar dapat hilangkan bekas gigitan nyamuk yang kehitaman.
Sapukan madu secara terus pada kulit pada kulit bayi dan kemudian bersihkan dengan air yang bersih setelah madu agak mengering. Seeloknya dibuat ketika bayi sedang tidur.
5. BAWANG
Sumber :ExploreGlobalFlavor
Bawang merah dan bawang putih memiliki kandungan anti bakteria yang sangat efektif untuk mengubati luka, termasuklah kesan kemerahan akibat alergi atau gigitan nyamuk.
Caranya, belah bawang merah atau bawang putih, sapu ke kulit bayi selama beberapa saat. Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit di kawasan yang terkena gigitan tadi dan cuci semula dengan air bersih.
Kenapa kulit pisang?? Ramai yang tidak mengetahui bahawa kulit pisang mempunyai kelebihan untuk mencantikkan kulit serta merawat kerengsaan.
Caranya, gunakan kulit pisang yang segar, seeloknya yang baru dibuka. Bahagian dalamnya dipercayai mengandungi bahan anti radang, melembapkan dan mengurangi rasa gatal. Tempelkan bahagian dalamnya pada bekas gigitan nyamuk. Gantikannya jika kulit pisang sudah kurang 'sejuk' atau mula berubah warna.
Kentang mengandungi potasium dan vitamin c yang sesuai untuk merawat masalah kulit.
Caranya, kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulitnya. Bilas semula dengan air bersih selepas beberapa minit.
Sumber: SirapLimau.com
8. HERBAL BLEND CREAM
Krim yang selamat untuk bayi. Menggunakan sumber semulajadi yang bebas bahan kimia.
Caranya, sapu saja di bahagian terkena gigitan nyamuk sama ada di badan atau bahagian muka. Krim ini boleh membantu masalah bengkak dan kesan gigitan nyamuk. Boleh juga dijadikan urutan ke seluruh badan bayi untuk menghalang daripada gigitan nyamuk.
Klik jika berminat dengan HERBAL BLEND CREAM













Comments
Post a Comment