Kurang darah merah dan Hereditary Spherocytosis
Apa tu Hereditary Spherocytosis?
Mungkin ada ibu-ibu yang mengetahuinya.
Mungkin ada ibu-ibu yang mengetahuinya.
Penyakit ni jarang ditemui. Penghidap memiliki darah jenis bulat. Bagi orang normal darah mereka berbentuk leper.Darah yang dihasilkan cepat pecah.
Saya kongsikan kisah anak bertuah saya ni, Nur Zafirah. Dia insan terpilih antara 3 anak yang lain. Saya pembawa talasemia. Manakala suami saya normal.Tapi doktor hairan macam mana anak saya boleh kena HS. Patutnya anak saya normal atau pembawa sahaja.
Zafirah lahir pada 28 August 2015. Pada hari pertama kelahiran kurang 24 jam Zafirah dah disahkan jaundis, demam kuning yang mana itu petanda tak elok. Hari pertama terus masuk ICU.
Jaundis dia tak berkurangan sampai la hari ke 10. Pada hari ke 11, doktor bagitau saya yang anak saya terpaksa melalui proses pemindahan darah disebabkah HB dia dh berkurang sehingga 4. Kurangnya darah merah bahaya boleh effect pada otak dia.
Saya bersetuju walaupun rasa kesian anak sekecil tu terpaksa melalui proses ni. Saya pun tandatangan borang risiko HIV.Rasa sedih tapi tak de pilihan.
Selepas seminggu HB Zafirah berkurang lagi sehingga 7.Proses pemindahan darah berlaku setiap minggu sehinggalah Zafirah berusia 8 bulan.
Pada usia 8 bulan sehinggalah umur dia 2 tahun 5 bulan pemindahan darah sebulan sekali. HB Zafirah dah makin ok tapi masih pada kadar tidak mencukupi untuk pertumbuhan kanak- kanak. HB Zafirah dah meningkat dan kekal pada HB 9.
Pada usia 8 bulan baru doktor dapat sahkan Zafirah menghidap penyakit HS.
Alhamdulillah sekarang proses pindah darah dah kurang kepada 2 bulan sekali. HB dah ok 9-10. Tetapi belum mencapai tahap yang dikehendaki HB 10 dan ke atas untuk pertumbuhan yang normal.
Sekarang doktor pantau limpa, hati, HIV dan iron dalam badan dia..
Moga Zafirah kuat dan sembuh seperti yang lain. Aminn...
Nasihat saya pada ibu-ibu di luar sana, laburlah sedikit wang anda untuk kesihatan anda dan juga bayi anda. Biarlah kita susah sekarang jangan kita susah di kemudian hari. Pemakanan anda sekarang menentukan masa depan anda.
Rakan Shaklee anda, Nisa
Pengedar Pandan Indah,
Hubungi saya untuk sebarang konsultasi di 011-11154769
Shaklee ID 1287087


Comments
Post a Comment